Kerjaya dan Pencapaian Anis_Suraya

Kerjaya nyanyian beliau bermula selepas menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan 1996. Anis Suraya menerima lamaran daripada Adnan Abu Hassan yang pada masa itu merupakan Pengurus A&R di Suria Records dan menawarkannya kontrak rakaman penuh. Hasilnya, pada 1998, beliau muncul dalam album kumpulan 2 by 2 Juwitaku di mana beliau menyumbangkan suara untuk empat lagu duet; Siapa Dia Sebelum Daku, Juwitaku, Memori Duka dan Nostalgia Cinta yang turut menampilkan Mazleela.

Pengacara jemputan di Pertandingan Gamelan Melayu Peringkat Kebangsaan 2016

Pada 1 Februari 1999, album pertama Anis Suraya 1999 mula memasuki pasaran sehingga ke Brunei dan Singapura. Single Hit pertamanya CInta Tersimpul Rapi telah berjaya mengangkat namanya dalam industri muzik tanah air. Diikuti dengan album keduanya Getaran Cinta pada 28 Februari 2000 dan album ketiga Suara Hati pada tahun 2003. Beliau juga turut ditampilkan dalam album Liza Hanim Puteri Jelmaan dalam lagu 'Rindu Datang Bertamu' dan Aqasha dalam lagu 'Hadirnya Dirimu'.

Antara kejayaan peribadi beliau sepanjang bergelar artis rakaman, beliau telah berjaya mendapat tempat pertama dalam The International Song Festival Voice of Asia 2000 di Medeo Stadium,Almaty Kazakhstan dan The Best Arrangement Kazakhs Song- Shan Ana , lagu yang diberi inovasi oleh komposer terkenal tanah air, Allahyarham Dato Adnan Abu Hassan dan nyanyian oleh Anis Suraya dalam bahasa Kazakh. Kejayaan itu telah menjadi titik tolak kepada pihak penganjur Voice of Asia sekali lagi menjemput Anis Suraya untuk muncul bersama bekas pemenang-pemenang Voice of Asia di Astana, Kazakhstan pada tahun 2003.

Pra Pelancaran Festival Gamelan Sedunia 2015 di Jabatan Muzium Malaysia.

Sungguhpun begitu, kejayaan beliau di luar negara dipandang sepi oleh pihak syarikat rakamannya sendiri, Suria Record Sdn Bhd. Namun beliau akur kerana pemergiannya ke Kazakhstan pada mulanya tidak dipersetujui oleh pihak pengurusan syarikat rakaman. Apabila pihak media mula mengajukan persoalan yang tak berpenghujung, SRC akhirnya mengadakan sidang media hanya selepas 2 minggu kepulangan beliau ke tanah air. Hal ini dipandang serius oleh bapanya, YAM Tengku Sri Laksamana Raja, lalu beliau diminta untuk berhenti bernaung dibawah syarikat rakaman tersebut. Beliau akur dengan keputusan ayahandanya namun kerjaya seninya makin rancak setelah kemenangannya mula diterima oleh industri dan peminat-peminat.

Album ketiga album terakhir bersama Suria Records.

Setelah album ketiga beliau, Suara Hati dipasarkan pada awal tahun 2003, beliau telah pun mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama SRC. Beliau mula bergerak sendiri dan menjalankan aktiviti-aktiviti seni secara freelance. Anis Suraya turut diundang menyanyikan lagu tema Citrawarna Malaysia pada tahun 2004 dengan rakan duetnya Asha Malik; juga merupakan artis naungan SRC ketika itu. Lagu 'Tiada Aedes Tiada Denggi' yang dirakamkan pada tahun 2005 secara solo dalam dua bahasa masih lagi dimainkan di stesen RTM dan radio.